PENYEBAB
KEGAGALAN MENCETAK ANAK YANG SHOLEH
Oleh
AZMAN AHMAD
ANAK-ANAK anugerah Allah s.w.t. yang besar dan merupakan amanah daripada-Nya. Amanah ini boleh menjadi sebahagian daripada aset yang baik, sebagai bekalan di akhirat, dan boleh menjadi bala yang besar menanti.
Adalah
malang bagi mereka yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa
kebaikan kepadanya di akhirat.
Pada
suatu hari, Rasulullah s.a.w. bersabda di hadapan sahabat-sahabatnya, ``Tahukah
engkau siapakah orang-orang yang mandul?''
Berkata
para sahabat: ``Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.'' Lalu
Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai
ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia
meninggal dunia.''
Beberapa
kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak:
1.
Memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t.
Bagaimana
dapat melahirkan anak yang soleh, sedangkan ibu bapa sendiri tidak soleh.
Mereka gagal melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan juga tuntutan syariah yang
lain.
Sebenarnya
ibu bapalah yang mencorakkan zuriat keturunannya sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
``Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, (suci bersih)
kedua-dua ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi.''
Ada
beberapa petuah yang disusun oleh para ulama dalam membentuk peribadi anak
seawal dalam kandungan lagi.
-
Doa atau zikir semasa mengandung.
a.
Zikir Saidul Istighfar (Astaghfirullahal `azim) ``Aku mohon keampunan
daripada-Mu Tuhan yang maha besar''.
b.
Doa memohon rahmat.
``Tuhanku
sesungguhnya Engkaulah yang menghimpun manusia pada hari yang tiada keraguan
padanya (hari kiamat). Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memungkiri janji-Nya''
(Ali-Imran : 9)
c.
Doa memohon zuriat yang baik.
``Ya
Allah kurniakanlah buatku dari keagungan-Mu zuriat yang baik. Sesungguhnya
Engkau maha mendengar doa ini.'' (Ali- Imran : 38)
d.
Doa agar anak mengerjakan solat.
``Ya
Allah jadikanlah hamba-Mu ini orang-orang yang mendirikan sembahyang dan juga
zuriat kami. Ya Allah terimalah doa ini. Ya Allah ampunkanlah diriku dan kedua
ibu bapaku dan juga orang-orang yang beriman pada ketika hari pembalasan.''
(Ibrahim : 40-41)
-
Doa semasa membesarkan anak.
a.
Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t:
``Tuhan
kami jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan juga daripada
kalangan zuriat kami umah-Mu yang sejahtera.'' (Al-Baqarah : 128)
b.
Doa mohon anak soleh.
``Tuhan
kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada-Mu, dan
(jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada-Mu dan
tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan
terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima taubat lagi
Maha Penyayang.''(Al-Baqarah : 128)
2.
Banyak memberi belaian tarhib (menakutkan) daripada targhib (didikan atau
motivasi)
Ada
antara ibu atau bapa yang menggunakan kaedah mendidik yang boleh merosakkan
akidah anak-anak, terutamanya ketika menidurkan mereka.
Mereka
ditakutkan pada tempat atau suasana seperti waktu senja atau kegelapan. Juga
dengan hantu jembalang, syaitan, jin dan sebagainya.
Pendidikan
yang terbaik bagi ibu bapa ialah dengan takut kepada yang satu, iaitu Allah
s.w.t.
3.Tidak
tegas dalam mendidik anak-anak
Ada
antara ibu bapa yang memanjakan dan memenuhi segala tuntutan anak-anak dengan
kesenangan yang berlebihan tanpa menyedarkan mereka erti kesusahan dan
penderitaan.
Ibu
bapa yang cemerlang ialah mereka yang mendisiplinkan anak-anak dengan jadual
harian yang merangkumi waktu-waktu tertentu yang sesuai, seperti waktu
pembelajaran, solat, menonton, bermain dan sebagainya.
Dalam
Islam merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunah Rasul s.a.w.
Memukul
bukan bertujuan menakutkan mereka tetapi lebih kepada membentuk mereka menjadi
anak yang taat dan berdisiplin kepada diri dan agama.
Sesuai
dengan sabda Nabi s.a.w.:
``Perintahkanlah
anak-anak kamu mengerjakan solat ketika usianya tujuh tahun. Seandainya mereka
meninggalkan solat, tegurlah dengan cara memukul mereka ketika berusia sepuluh
tahun dan pisahkanlah mereka (anak lelaki dengan anak perempuan) di tempat
tidur.''
4.
Menegur anak secara negatif
Dalam
mendidik anak-anak sudah kerap kali kita mendengar ibu bapa menggunakan
kekerasan yang melampau melalui deraan fizikal dengan tujuan memaksa anak-anak
supaya belajar, tidur, makan dan sebagainya.
Tidak
perlu mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut dan maki hamun kepada anak-anak,
terutamanya semasa marah apatah lagi menjeruk perasaan mereka dengan
membandingkan kelebihan dan kebaikan anak dengan anak-anak lain atau anak-anak
orang lain.
5.
Memberikan didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan mental
Kebanyakan
ibu bapa lebih mementingkan pendidikan bagi elemen mental dan fizikal
semata-mata serta mengabaikan didikan dan pentarbiahan rohani.
Hasilnya
anak-anak tidak mengenali Allah, lalai dan asyik dengan nikmat dunia yang
sementara.
Kebanyakan
anak-anak dipukul kerana gagal dalam ujian peperiksaan mereka, tetapi tidak
mempedulikan seandainya mereka dengan sengaja meninggalkan solat fardu.
Ibu
bapa juga kurang menghidupkan sunah Nabi s.a.w di rumah seperti memberi salam,
solat, beribadah, makan berjemaah dan sebagainya.
Untuk
melahirkan anak-anak yang soleh ibu bapa perlu mengutamakan didikan agama dan
sunah Rasulullah s.a.w. yang memantapkan kerohanian mereka sama ada secara
formal atau informal.
Ibu
bapa perlu lebih sensitif dan memastikan pendidikan agama yang sempurna buat
mereka tanpa meninggalkan tuntutan ilmu yang lain.
6.
Kurang memberi sentuhan dan belaian
Ada
antara ibu bapa yang bersikap berat sebelah dengan membeza-bezakan sentuhan dan
belaian antara anak-anak.
Ibu
bapa perlu memberi ruang untuk bersama-sama anak-anak secara berkualiti
walaupun dalam masa yang singkat melalui sentuhan yang lembut, belaian mesra
dan komunikasi yang baik.
Rasulullah
s.a.w. kerap dilihat memberi sentuhan dan belaian yang berkualiti dengan
membelai, mendukung cucunya dan mencium mereka.
7.
Penampilan diri yang kurang kemas dan tidak menepati syarak
Ada
ibu bapa yang berpakaian menjolok mata dan mendedah aurat di hadapan anak-anak
ketika di rumah.
Mereka
tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan menepati kehendak agama.
Berpakaian
secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam, yang
boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden `sumbang
mahram' yang heboh diperkatakan hari ini. Islam melihat bahawa kaedah
pencegahan bermula dari awal lebih baik daripada mengubatinya.
8.
Suasana rumah kotor dan tidak kemas tanpa nilai-nilai Islam
Penerapan
yang memalukan sedemikian sekiranya ditonjolkan oleh kedua-dua ibu bapa, akan
mengakibatkan anak-anak terikut dengan cara yang tidak baik.
Mereka
akan membesar dalam suasana persekitaran yang tercemar sehingga menyebabkan
anak-anak menjadi pemalas dan terpengaruh dengan nilai pengotor dalam
kehidupannya.
Apatah
lagi jika persekitaran tersebut terpesong jauh dari syariat Allah s.w.t. dengan
dipenuhi dosa maksiat, zina, minuman keras dan sebagainya.
Memisahkan
tempat tidur di antara anak lelaki dan perempuan adalah salah satu daripada
sunah dan cara yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk melahirkan suasana
persekitaran yang soleh, yang melahirkan anak-anak yang sempurna akhlak dan
sifatnya sesuai dengan kehendak Islam.
9.
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
Ibu
bapa perlu mendedahkan model-model yang baik seperti para ulama, pahlawan
negara, tokoh-tokoh negara, orang yang berhemah tinggi, berakhlak mulia dan
tidak menggalakkan anak-anak mencontohi model yang kurang baik, apatah lagi
orang-orang yang rendah akhlaknya.
Anak-anak
patut didedahkan dengan program-program keagamaan seperti kuliah, ceramah,
forum dan sebagainya supaya mereka mengenali siapakah model cemerlang yang
boleh diikuti.
Ibu
bapa juga perlu mengawasi perbelanjaan anak-anak supaya tidak cenderung membeli
bahan-bahan hiburan yang memaparkan model-model yang boleh merosakkan pemikiran
anak-anak.
10.
Pertengkaran atau menyuarakan masalah di hadapan anak-anak
Ibu
bapa perlu menjauhi sama sekali sebarang bentuk pertengkaran dan kelakuan
sumbang di hadapan anak-anak.
Sikap
ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang di
antara ibu dan bapanya.
Jangan
mengadu kejahatan atau kelemahan suami atau isteri kepada anak-anak.
Penyelesaian
yang terbaik ialah meluahkannya kepada orang yang lebih berkelayakan dan
dipercayai.
Jangan
jadikan masalah diri, meragut kebahagiaan dan kasih sayang anak-anak.
11.
Membenarkan orng yang tidak baik sahsiahnya masuk ke dalam rumah
Ibu
bapa harus lebih berhati-hati di dalam memilih siapa yang menjadi kawannya atau
kawan bagi anak-anaknya.
Apatah
lagi orang yang buruk akhlak dan tingkah-lakunya, kerana ini boleh mempengaruhi
dan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
Cara
yang terbaik bagi Ibu bapa ialah mengawasi tingkah laku anak-anak dan siapa
yang menjadi sahabat mereka supaya tidak terjebak dengan gejala yang tidak
bermoral.
Nabi
s.a.w. bersabda ``Seseorang itu (terpengaruh) pada agama sahabatnya. Maka
hendaklah kamu melihat siapa yang ingin kamu jadikannya sahabat.''
12.
Memberi kepercayaan dan kebebasan yang keterlaluan
Ada
di antara Ibu bapa yang memberi kepercayaan dan kebebasan yang membuta tuli
pada anak-anak.
Kurang
mengawasi aktiviti-aktiviti anak-anak di luar rumah. Terlalu memberi kebebasan
memilih hiburan-hiburan yang tidak berlandaskan syarak, sama ada program yang
ditonton daripada televisyen, video dan juga bahan-bahan bacaan yang bersifat
tidak bermanfaat.
Penyelesaian
yang baik buat ibu bapa ialah memantau kebebasan dan kepercayaan yang diberikan
kepada anak-anak.
Ibu
bapa yang cemerlang mampu meluangkan masa duduk bersama anak-anak seperti
membaca atau menonton dan menjelaskan kebaikan dan keburukan dengan
membandingkan apa yang menjadi perintah agama.
Jadualkanlah
waktu yang sesuai untuk menonton dengan waktu pembelajaran harian supaya
tumpuan anak-anak lebih kepada perkara yang berfaedah berbanding yang lain.
Kegagalan
institusi keluarga yang banyak disiarkan dalam media massa kebelakangan ini,
sedikit sebanyak berpunca daripada hilangnya kredibiliti ibu bapa memimpin
keluarga dan anak-anak, sebagaimana yang digariskan oleh al Quran dan sunah
Nabi s.a.w.
Akhirnya
lahirlah generasi muda hari ini, tiada lagi menghormati kedua-dua ibu bapa.
Moga
artikel ini sedikit sebanyak mampu memberi sumbangan ke arah membentuk keluarga
rabbani.
©
UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my
E-mail: online@utusan.com.my
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2003&dt=0131&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Tidak ada komentar:
Posting Komentar